Tuesday, 4 February 2014
SMK DESA CEMERLANG , JOHOR BAHRU...tempat pertama berbakti
Sungguh x ku sangka di selatan tanah air ku ditugaskan utk berbakti kepada ank bangsa..xdpt ku lupa saat2 utk meninggalkan org2 tersayang di kampung...linangan air mata menemani perjalananku utk smpai ke sini..suami, ibu n ayah...jasa kalian sgt besar kepadaku utk sebuah penantian yg pjg ini...Ya Allah permudahkanlah sgala urusanku di sini dan juga urusan insan2 yg ku syg di sana..namun, ada yg setia menemaniku di kala keseorangan di sini..akan ku bawa ke mana sahaja zuriatku ini..seawal ini dia merasai ssh pyh n sedih pedih yg perlu dilalui oleh mamanya..Ya Allah peliharalah zuriat di dalam kandungan ku ini..smoga dia juga akn membesar menjadi seorang yg sabar n xkenal erti putus asa..alhamdulillah kita ada auntie2 utk look after kita syg..inshaAllah kita akn bersama2 juga dgn papa as 1 happy family ever..Ya ALLAH..RINDUNYA kt suami..ma..abah..n kluarga di kelantan...
Thursday, 24 January 2013
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
Wednesday, 23 January 2013
NAK CANTIK + SIHAT???
Dapatkan kehidupan yang lebih sihat secara semulajadi menggunakan produk yang selamat dan suci tanpa sebarang pengawet dan campuran bahan kimia..terbukti berkesan..saya juga menggunakannya..selain sihat anda juga akan menikmati kulit yang bersih dan cantik..sangat sesuai untuk semua golongan..ibu mengandung yang mengidamkan kulit bayi yang bakal dilahirkan cantik dan gebu juga selamat untuk mengambil pure marine collagen...apa lagi yang ditunggu???dapatkan dengan harga yang sangat murah...
Wednesday, 28 November 2012
PEJAM CELIK PEJAM CELIK
SETINGGI GUNUNG YANG HENDAK DIDAKI...SEJAUH ITULAH HARUSKU KAYUH SAMPAN ITU UNTUK MELALUI LALUAN YANG PENUH BERLIKU..BERMULA FEBRUARI SEHINGGA KEMUNCAK 2012..DESTINASI KIAN HAMPIR...TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DI ATAS PENGORBANAN SUAMI TERCINTA DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN DI ATAS SOKONGAN PADU YANG DIBERIKAN..POHON KUATKAN SEMANGAT UNTUK BERJUANG KE TITISAN TERAKHIR...SEMOGA SEKALIAN RAKAN TURUT SAMA SAMPAI KE GARISAN PENAMAT YANG SAMA-SAMA IDAMKAN..
Monday, 25 June 2012
Sunday, 20 May 2012
Friday, 20 April 2012
Thursday, 12 April 2012
UNIT 5 PETA
- Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
- Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.
- Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod
maklumat dalam sesebuah peta.
SIMBOL FIZIKALContohnya bentuk muka bumi,saliran, dan tumbuh-tumbuhansemulajadi.SIMBOL BUDAYAContohnya petempatan, tanaman,perhubungan, perindustrian,
dan perlombongan- Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.
- Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.
- Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu
ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.
A. AlurB.P Balai PolisHosp. HospitalSek. SekolahKg. KampungMELUKIS PETA LAKAR
Langkah-langkah melukis peta lakar:
- Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
- Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
- Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
- Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.
MENTAFSIR PETALangkah-langkah mentafsir peta:- perhatikan tajuk peta.
- perhatikan petunjuk arah mata angin
- perhatikan petunjuk peta.
- perhatikan skala.
- kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya.
- tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.
UNIT 4 GRAF
- Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.
- Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan
agar mudah ditafsir.
- Jadual perlu dibina sebelum membina graf.
- Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.
UNIT 3 SKALA DAN JARAK
SKALA
- Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.
- Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.
- Selain itu terdapat juga skala penyata.
- Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
- Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).
UNIT 2 ARAH
- Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
- Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.
- Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.
- Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B). Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.
- Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.
- Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.
Subscribe to:
Posts (Atom)













