Sunday, 20 May 2012
Friday, 20 April 2012
Thursday, 12 April 2012
UNIT 5 PETA
- Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
- Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.
- Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod
maklumat dalam sesebuah peta.
SIMBOL FIZIKALContohnya bentuk muka bumi,saliran, dan tumbuh-tumbuhansemulajadi.SIMBOL BUDAYAContohnya petempatan, tanaman,perhubungan, perindustrian,
dan perlombongan- Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.
- Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.
- Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu
ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam dalam peta.
A. AlurB.P Balai PolisHosp. HospitalSek. SekolahKg. KampungMELUKIS PETA LAKAR
Langkah-langkah melukis peta lakar:
- Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.
- Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
- Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
- Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.
MENTAFSIR PETALangkah-langkah mentafsir peta:- perhatikan tajuk peta.
- perhatikan petunjuk arah mata angin
- perhatikan petunjuk peta.
- perhatikan skala.
- kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya.
- tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.
UNIT 4 GRAF
- Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.
- Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan
agar mudah ditafsir.
- Jadual perlu dibina sebelum membina graf.
- Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.
UNIT 3 SKALA DAN JARAK
SKALA
- Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.
- Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.
- Selain itu terdapat juga skala penyata.
- Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
- Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).
Subscribe to:
Posts (Atom)


